Ecca Mammamia - Malu-Malu Tapi Mau  

Posted by Anonymous

Didalam lagu ini menceritakan salah satu contoh emosi malu yang dirasakan oleh seseorang. Inilah hakikat perasaan malu yang melanda remaja masa kini.

Remaja kini sangat kurang penghayatan konsep malu kepada yang utama iaitu Pencipta kita yang agung.

Andakah perasaan malu anda seperti yang digambarkan didalam lagu di bawah?? Fikir-fikirkanlah..


Oh inikah rasanya

Bila sedang jatuh cinta
Hatiku berbunga-bunga
Gelisah tak menentu ku dibuatnya

Sehari saja tak bertemu
Sewindu rasanya bagiku
Ingin segera bertemu
Kaulah pengobat rinduku

Tapi ku takut ungkapkan semua
Ku takut dia ada yang punya
Biarkan rasa ini kupendam saja
Tuhan tolonglah ku cinta dia

Tapi aku malu ku malu-malu tapi mau
Sungguh-sungguh aku malu merona merah pipiku
Tapi aku malu ku malu-malu tapi mau
Tuhan tolonglah diriku buatlah dia jatuh cinta padaku
Itu pintaku

Oh inikah rasanya
Bila sedang jatuh cinta
Karna dia yang kudamba
Dia yang kupuja

Tapi ku takut ungkapkan semua
Ku takut dia ada yang punya
Biarkan rasa ini kupendam saja
Tuhan tolonglah ku cinta dia

Tapi aku malu ku malu-malu tapi mau
Sungguh-sungguh aku malu merona merah pipiku

Tapi aku malu ku malu-malu tapi mau
Sungguh-sungguh aku malu merona merah pipiku

Tapi aku malu ku malu-malu tapi mau
Tuhan tolonglah diriku buatlah dia jatuh cinta padaku
Itu pintaku

Kalau Rasa Malu Pun Ada Kesannya..(Bahagian 2)  

Posted by XgrattO

Malu bukannya beri kesan negatif sahaja.. malu pun ada kesan positif..jangan tak tahu..

KESAN POSITIF

Walaupun malu sering dikaitkan dengan kesan-kesan yang negatif, tetapi
sebenarnya malu juga memberi kesan yang positif di dalam kehidupan seseorang,
seperti yang dinyatakan oleh Zimbardo (1977) sebelum ini bahawa dalam keadaan
tertentu malu bukanlah satu ‘masalah’ yang mesti dihapuskan semuanya. Malu boleh
membantu kita untuk mengelakkan konflik atau memberi ancaman kepada orang lain,
memberi peluang kepada kita untuk bersedia, bertindak mengikut situasi yang sesuai
dan membuat pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain dan boleh memberi
gambaran kecerdikan, rendah hati dan berhati-hati.


Senson et.al (1996) pula mendapati bahawa kanak-kanak yang malu secara
signifikannya sangat kurang terlibat dengan tingkah laku sosial yang negatif
berbanding kanak-kanak lain. Ini terjadi kerana kanak-kanak yang pemalu sangat
berhati-hati terhadap apa yang orang lain akan fikirkan tentang dirinya.