Kalau Rasa Malu Pun Ada Kesannya..(Bahagian 2)  

Posted by XgrattO

Malu bukannya beri kesan negatif sahaja.. malu pun ada kesan positif..jangan tak tahu..

KESAN POSITIF

Walaupun malu sering dikaitkan dengan kesan-kesan yang negatif, tetapi
sebenarnya malu juga memberi kesan yang positif di dalam kehidupan seseorang,
seperti yang dinyatakan oleh Zimbardo (1977) sebelum ini bahawa dalam keadaan
tertentu malu bukanlah satu ‘masalah’ yang mesti dihapuskan semuanya. Malu boleh
membantu kita untuk mengelakkan konflik atau memberi ancaman kepada orang lain,
memberi peluang kepada kita untuk bersedia, bertindak mengikut situasi yang sesuai
dan membuat pemerhatian terhadap tingkah laku orang lain dan boleh memberi
gambaran kecerdikan, rendah hati dan berhati-hati.


Senson et.al (1996) pula mendapati bahawa kanak-kanak yang malu secara
signifikannya sangat kurang terlibat dengan tingkah laku sosial yang negatif
berbanding kanak-kanak lain. Ini terjadi kerana kanak-kanak yang pemalu sangat
berhati-hati terhadap apa yang orang lain akan fikirkan tentang dirinya.

This entry was posted on 6:54 PM . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments