Bagaimana Mengatasi Rasa Malu  

Posted by XgrattO

Perasaan malu memang perlu ada dalam diri setiap individu. Tetapi jika perasaan malu ini berlebih-lebihan, ianya boleh membawa sedikit sebanyak keburukan kepada kita..Jadi, bagi sesiapa yang mempunyai sifat malu yang berlebih-lebihan, video ini sesuai untuk anda..(^^)






Setelah menonton video di atas, terdapat 6 langkah yang kita dapati untuk mengatasi rasa malu ini, iaitu :



LANGKAH 1
Kenal pasti mengapa anda merasa tidak selesa ketika berhadapan masyarakat? Adakah kerana sesuatu yang boleh diperbaiki? samada dari segi penampilan? tahap pelajaran? atau lain-lain faktor? Kemudian mulakan langkah untuk memperbaiki kekurangan yang anda rasakan itu.

LANGKAH 2
Latih diri anda dengan kebolehan berkomunikasi dengan langkah awal iaitu berbual dengan orang yang mungkin anda tidak akan bertemu semula, contohnya seperti seseorang yang duduk disebelah anda ketika didalam bas atau LRT dan lain-lain.

LANGKAH 3
Jika anda mempunyai masalah untuk berhadapan dan bercakap dengan seseorang dengan baik, berlatih untuk berkomunikasi dengan menyesuaikan posisi badan dengan posisi yang bersesuaian.

LANGKAH 4
Setelah anda berkeyakinan, anda boleh menambah baik lagi dengan melatih pula diri anda memulakan sesuatu perbualan atau komunikasi dengan orang lain. Anda bolehlah mengadakan satu parti atau majlis keramaian yang akan melatih diri anda untuk melatih diri anda menyapa orang lain dan berkomunikasi dengannya. Cuba hampiri individu yang kelihatan pemalu dan pendiam dan mulakan perbualan dengannya. Dengan cara ini, keyakinan anda akan semakin bertambah.

LANGKAH 5
Amalkan teknik bernafas dengan tenang. Ambil nafas dengan sedalamnya, dan anda akan merasakan ketenangan.

LANGKAH 6
Akhir sekali, setiap kali anda berjalan masuk ke tempat-tempat yang bermasyarakat, sentiasa ingat bahawa 48 peratus daripada mereka juga turut merasakan gementar sepertimana yang anda rasakan.



This entry was posted on 8:46 AM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments