Adakah perasaan malu memberi kesan kepada diri seseorang? Ya. Sudah tentu. Walau apa pun jenis perasaan yang ada didalam diri seseorang samada perasaan gembira, marah, sedih, terkejut dan lain-lain boleh memberi kesan yang positif dan negatif kepada diri seseorang, bergantung kepada cara seseorang itu mengendalikan emosi tersebut. Sekarang kita lihat dahulu kesan negatif malu.
KESAN NEGATIF MALU
Kanak-kanak yang mempunyai perasaan malu yang keterlaluan mungkin akan menghadapi beberapa risiko, seperti tidak atau kurang mempunyai kemahiran sosial atau imej diri yang tidak baik (Sarafino,1986). Kanak-kanak yang pemalu juga akan merasakan dirinya mempunyai kekurangan dan kurang berkawan, dan lebih pasif jika dibandingkan dengan rakan-rakan mereka yang tidak pemalu (Zimbardo dan Radl, 1981). Di dalam kajian yang telah dilakukan, Zimbardo (1981) mendapati bahawa kanak-kanak yang pemalu sering dilabelkan oleh rakan-rakan mereka sebagai kurang berkawan dan kurang disukai berbanding dengan rakan-rakan mereka yang tidak pemalu. Seterusnya kanak-kanak yang pemalu akan diabaikan oleh rakan-rakan mereka dan mempunyai peluang yang sedikit untuk mengembangkan kemahiran sosial mereka. Kanak-kanak yang berterusan mempunyai perasaan malu yang berlebihan sehingga dewasa, akan mendapati diri mereka bersendirian, tidak mempunyai rakan karib tidak mempunyai rakan yang berlaianan jentina berbanding rakan-rakan mereka yang lain.
Zimbardo (1977) menyatakan bahawa malu boleh boleh mengakibatkan tingkah laku berikut :1. Malu membuatkan seseorang itu sangat sukar untuk bertemu dengan orang
baru, berkawan dan bergembira.
2. Malu menghalang seseorang untuk menyatakan kebenaran/hak dan
menyatakan pendapat dan nilai mereka.
3. Malu membataskan seseorang daripada penilaian yang positif daripada orang lain berhubung kekuatan personaliti seseorang.
4. Malu akan membuatkan sesorang sangat sukar untuk befikir secara jelas dan berkomunikasi secara effektif.
5. Malu mewujudkan perasaan negatif seperti, kemerosotan, kebimbangan dan keseorangan.
Di Malaysia satu kajian telah dijalankan oleh Imran (2002) mendapati malu merupakan punca utama mengapa pelajar melayu lemah di dalam bahasa Inggeris. Keadaan yang sama juga berlaku dalam kalangan pelajar Jepun hasil daripada kajian yang telah dijalankan oleh F. Anderson (1993). Pakar psikologi itu mendapati kebanyakkan pelajar Jepun enggan membuka mulut dan tidak mengambil bahagian dalam kegiatan berbentuk komunikasi ketika berada di bilik darjah kerana sikap malu. F. Anderson berkata, antara manifestasi malu pelajar Jepun yang ketara dalam kelas bahasa Inggeris adalah, mereka jarang memulakan diskusi , mereka mengelak daripada membangkitkan topik baru, mereka tidak mencabar guru, mereka jarang bertanya untuk mendapatkan penjelasan dan tidak memberi jawapan secara sukarela.
Khaizir (2002) berkata remaja yang pemalu sentiasa menjauhkan diri dan tidak suka mengambil bahagian dalam kegiatan bercorak kemasyarakatan. Golongan ini juga dikesan tidak ramai memasuki universiti dan dari segi kerjaya pula mereka lambat memperolehi pekerjaan kerana malu menyambung pengajian atau mencari pekerjaan. Sebaliknya menurut Khaizir(2002) remaja yang tidak bersikap pemalu memperlihatkan tempoh diam yang singkat dan fasih bertutur berbanding remaja yang memiliki sifat malu.
Khaizir (2002) berkata remaja yang pemalu sentiasa menjauhkan diri dan tidak suka mengambil bahagian dalam kegiatan bercorak kemasyarakatan. Golongan ini juga dikesan tidak ramai memasuki universiti dan dari segi kerjaya pula mereka lambat memperolehi pekerjaan kerana malu menyambung pengajian atau mencari pekerjaan. Sebaliknya menurut Khaizir(2002) remaja yang tidak bersikap pemalu memperlihatkan tempoh diam yang singkat dan fasih bertutur berbanding remaja yang memiliki sifat malu.
This entry was posted
on 12:32 PM
and is filed under
Pengenalan
.
You can leave a response
and follow any responses to this entry through the
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.
0 comments