Faktor-Fakor Malu...  

Posted by XgrattO

Diantara perbincangan utama di dalam penyelidikan malu adalah berkaitan faktor-faktor yang menyebabkan malu. Antara kajian yang sering dilakukan ialah untuk mengesan sama ada malu itu hasil daripada keadaan semula jadi (dilahirkan malu) atau disebabkan oleh pendidikan (persekitaran). Berikut adalah sebahagian daripada pendapat-pendapat yang membincangkan tentang faktor-faktor yang menyebabkan malu berdasarkan kajian-kajian yang telah dilakukan. Kebanyakan kajian dalam bidang psikologi yang merujuk kepada malu adalah dalam bentuk kajian kolirasi. Kebanyakkan kajian tersebut juga adalah untuk melihat perhubungan diantara berbagai kriteria (characteristics) dan hubungannya dengan malu.

1) Faktor genetik dan keturunan

Terdapat beberapa kajian yang menyatakan bahawa malu ada hubungannya dengan faktor-faktor genetik dan keturunan. Seorang kanak-kanak yang mempunyai rasa malu yang tinggi didapati mempunyai sejarah malu di dalam keluarganya. Faktor-faktor biologi yang terlibat dalam menyebabkan malu termasuklah kecenderungan bangkitan yang tinggi di dalam bahagian sistem limbic. Sympathetic nervous system adalah satu komponen di dalam automic nervous system yang bertanggungjawab untuk meningkatkan tubuh dan dan mengerakkan tenaganya di dalam situasi tertekan. Di dapati pada sesorang yang mempunyai tahap malu yang tinggi kandungan sympathetic nervous system adalah lebih sensitif dan keadaan tersebut menyebabkan kegelisahan pada diri seseorang sementara mereka yang sympathetic nervous system kurang sensitif didapati mereka ini lebih kurang merasa gelisah dan bimbang (Zimbardo, 1996).

Berdasarkan kepada kajian yang telah dilakukan oleh Jerome Kagan, Nancy Snidman, dan rakan-rakan mereka dari Harvard University, mendapati bahawa perbezaan-perbezaan psikologi diantara bayi yang malu dengan bayi yang kurang malu sudah dapat di kesan seawal dua bulan selepas bayi tersebut dilahirkan (Henderson dan Zimbardo, 1996). Daripada kajian mereka, didapati 15 hingga 20 peratus neonates, di temui senyap, dan akan meregang (restrained) apabila terdedah dengan situasi yang tidak biasa kepada mereka. Sebagai contoh, bayi yang mempunyai malu ,apabila mereka di rangsang dengan objek-objek yang bergerak dan rakaman suara manusia, bayi tersebut memberi tindak balas psikologi seperti gerakan jantung lebih pantas, pergerakan yang lebih banyak, tangisan yang berlebihan dan dapat dilihat tanda-tanda kesengsaraan. Selepas kanak-kanak tersebut berumur empat tahun, kesan psikologi malu tersebut dapat dikesan melalui jari sebelah kanan lebih sejuk berbanding sebelah kiri dalam memberi reaksi terhadap bangkitan emosi. Kanak-kanak yang malu juga menunjukkan bahawa mereka mempunyai aktiviti gelombang otak yang lebih di bahagian atas otak kanan, berbeza dengan kanak-kanak yang kurang malu menunjukkan aktiviti gelombang otak lebih di bahagian depan otak kiri. Kajian mendapati bahawa bahagian otak kanan mempunyai kaitan dengan emosi-emosi
kebimbangan.

“ Inhibited and Uninhibited Types of Children” adalah satu artikel yang ditulis berdasarkan kajian tentang malu yang telah dilakukan oleh ahli-ahli psikologi di Harvard University (1989) berkaitan dengan tanda-tanda malu yang ditunjukkan oleh bayi atau ketika awal kanak-kanak. Dapatan daripada kajian tersebut mendapati bahawa bayi yang berumur diantara 14 dan 20 bulan yang mempunyai tanda-tanda malu yang ekstrim menunjukkan tingkahlaku yang berkekalan/sama ketika kanakkanak tersebut berumur empat tahun.

Satu lagi kajian yang juga penting mendapati bahawa bayi yang malu (inhibited) biasanya adalah terdiri dalam kalangan yang dilahirkan dalam bulan September atau Oktober. Ini adalah kerana pada masa itu keadan badan (perempuan yang mengandung) menghasilkan banyak hormon melatonin. Melatonin adalah hormon (berkaitan urat saraf) yang sangat aktif dimana ia akan memindahkannya daripada ibu kepada fetus. Kajian juga mendapati terdapat kolerasi diantara malu dengan mereka yang mempunyai mata berwarna biru dan rambut blone. Kreteria-kreteria ini adalah lebih lazim di dalam keluarga kanak-kanak yang pemalu (Jakson, 1999).

Dapatan terbaru daripada ahli-ahli psikologi di Havard University (Shelley Wu, 2003) mendapati sebab kanak-kanak mempunyai sifat malu dan rasa bimbang yang tinggi adalah berpunca daripada faktor biologi. Melalui imbasan (scans) yang telah dilakukan ke atas otak kanak-kanak pemalu yang berumur 2 tahun menunjukkan kewujudan struktur amygdale (amygdale structure) yang banyak berbanding dengan kanak-kanak yang mudah bercampur gaul (outgoing). Seterusnya melalui kajian tersebut juga didapati keadaan otak tersebut akan berubah mengikut kecenderungan seseorang melalui kehidupannya. Kajian mendapati kanak-kanak yang pemalu atau sebaliknya yang boleh bergaul akan berubah apabila umur mereka meningkat bergantung kepada perbezaan pengalaman hidup yang dilalui. Sebahagiannya akan dapat mengatasi masalah malu tersebut; sebahagiannya menjadi lebih kurang bergaul dan menjadi lebih malu apabila umur mereka meningkat.


2) Faktor Persekitaran

Menurut Garducci (2001) yang merupakan seorang professor dan pengarah di Southeast’s Shyness Research Institut, Indiana University, mendapati bahawa seseorang itu tidak dilahirkan malu. Menurut beliau malu mempunya kreteria-kreteria seperti; kesedaran diri yang melampau (excessive self-consciousness), penilaian diri yang negatif ( negative self-evaluaition) dan keasyikan memikirkan sesuatu tentang diri (self-preoccupation). Ketiga-tiga ciri sense of self tersebut menurut Garducci tidak wujud ketika seseorang itu dilahirkan.

Melalui tugasnya lebih 25 tahun bersama Charless Darwin, mereka yang menghadapi perasaan malu, Garducci (2001) mendapati hanya 9 peratus yang mengatakan bahawa mereka dilahirkan malu. Faktor keluarga adalah alasan yang paling banyak diberikan sebagai penyebab mengapa seseorang itu menjadi pemalu. Lebih kurang 40 peratus daripada mereka yang dikaji menyatakan bahawa faktor-faktor seperti; kurang sokongan keluarga, parental absence, ibu-bapa tidak mengajar kemahiran sosial, kongkongan yang berlebihan oleh ibu-bapa, pengabaian ibu-bapa, dan isu-isu yang berkaitan dengan keluarga merupakan sebab mereka menjadi seorang yang pemalu.

Philips (1981) mengatakan bahawa malu adalah berpunca daripada beberapa faktor iaitu; ibubapa, masyarakat, sekolah, pinggiran (marginality), dan situasi yang tidak biasa. Dapatan ini adalah berdasarkan pengalaman dan penyelidikan yang dilakukan oleh beliau sebagai seorang professor dalam bidang komunikasi pertuturan di Pennsylvania State University. Beliau juga merupakan pengarah program yang melatih mereka-mereka yang menghadapi masalah malu di Amerika Syarikat mengatasi masalah mereka.

Di dalam masyarakat sering mengiktiraf dan menghargai orang-orang yang petah bercakap. Sebahagian ahli masyarakat lebih memilih untuk menjadi orang yang malu, kerana inilah satu-satunya cara untuk lari dari tekanan. Kanak-kanak yang merasa tekanan seawal usianya, dan kadang-kadang mereka belum bersedia menghadapi tekanan kerana mereka belum mempunyai kemahiran untuk melakukan sesuatu yang terbaik. Jika kita dipaksakan berada di dalam situasi tersebut yang meminta kita bercakap dengan baik untuk mempengaruhi orang lain, kita mungkin akan memilih untuk menjadi seorang yang pemalu sebagai satu jalan untuk mengelakkan tekanan.

Sekolah sering mengadakan aktiviti yang memberi peluang kanak-kanak untuk bercakap dan memberikan pendapat. Tetapi apa yang sering berlaku ialah kanak-kanak yang telah sedia mempunyai kemahiran bercakap yang dipilih untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Sebenarnya sekolah mempunyai peluang yang banyak untuk melatih kanak-kanak bergaul dan memberikan pendapat.

Kebanyakan orang akan merasa malu bila mereka tidak tahu bagaimana hendak menyesusikan diri di dalam satu situasi yang baru . sebagai contoh ialah apabila pergi ke sekolah baru atau mencari kerja baru. Ia memerlukan kemahiran bersosial dalam suasana yang baru. Keadaan seperti ini menjadikan seseorang itu merasa tertekan dan malu.

Daripada perbincangan di atas, jika kita mengatakan bahawa hanya satu faktor yang menyebabkan malu adalah kurang tepat. Lebih munasabah jika kita mengatakan bahawa kedua-dua faktor genetik dan persekitaran merupakan faktor mengapa seseorang itu berbeza diantara seseorang dengan seseorang yang lain dari segi malu. Ini adalah diantara cadangan yang telah diberikan oleh beberapa ahi psikologi seperti Henderson dan Zimbardo (1996) Melalui kajian yang mereka jalankan mencadangkan bahawa malu adalah disebabkan oleh faktor-faktor genetik dan persekitaran. Begitu juga dengan ahli psikologi lain ( Assendorpf, 1993; Sanson, Pedlam, Cann, Prior, & Oberklaid, 1996) mengatakan bahawa selaian faktor genetik dan keturunan, malu adalah berpunca daripada kemahiran sosial yang sangat lemah. Seterusnya faktor ibu-bapa, keluarga atau orang lain yang selalu mengusik, bertindak kejam dan selalu menkritik juga mengakibatkan seseorang itu mempunyai sifat malu dan keyakinan diri yang rendah.

This entry was posted on 12:26 PM and is filed under . You can leave a response and follow any responses to this entry through the Subscribe to: Post Comments (Atom) .

0 comments